SRI AMAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin memberi amaran kepada para guru yang ponteng mengajar semata-mata ingin
balik kampung masing-ma-sing lebih awal sebelum hujung minggu.
Menurut beliau, mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan disiplin kerana
bercanggah dengan peraturan sekolah.
“Kami akan siasat aduan seumpama ini. Tapi tidak semua guru ponteng mengajar.
“Ini tidak patut dilakukan kerana bercanggah dengan peraturan kerja,” katanya
dalam sidang media dalam majlis perasmian Prasekolah Rumah Panjang Kampung
Sapak, Pantu dekat sini, semalam.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran meminta ibu bapa yang mengetahui salah
laku guru untuk melaporkan kepada pengurusan sekolah.
Masalah seumpama itu menurut beliau merupakan yang pertama beliau dengar
apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Snowdan Lawan menyebut
ketika berucap terdahulu.
Bagaimanapun, Kementerian Pelajaran tidak akan mengambil mudah aduan sedemikian
kerana ia membabitkan pelajaran anak-anak.
“Ini bukan wabak, pihak pengurusan sekolah boleh mengambil tindakan disiplin
terhadap guru-guru yang ponteng mengajar,” katanya.
Terdahulu Snowdan berkata, ada segelintir guru sekolah di kawasan Balai Ringin
kerap ponteng kerja.
“Ibu bapa ada mengadu guru-guru kerap ponteng mengajar kerana hen-dak pulang ke
kampung masing-masing sebelum hujung minggu.
“Kadang-kadang ada yang meng-ajar cuma tiga dan empat hari se-minggu kerana
hendak balik,” katanya.
Masalah itu menurut beliau akan menjejaskan proses pembelajaran murid dan
pelajar sekolah.
Malah, keadaan itu ditambah dengan kekerapan guru bertukar kerana tidak tahan
bekerja di pedalaman.
“Tempoh menanti guru baru untuk melapor diri kadang-kadang terlalu lama dan ini
menjejaskan pelajaran anak-anak,” katanya.
1.0 PENGENALAN MENGENAI ISU
Isu guru ponteng ini merupakan isu yang
sering berlaku tidak kira di kawasan bandar ataupun luar bandar. Malah isu ini
lebih kerap berlaku di kawasan pedalaman. Masalah guru ponteng tidak pernah
selesai dari dahulu sehingga sekarang. Biarpun pihak Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) telah memberi amaran, namun masih terdapat guru yang ponteng
sekolah. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan guru ponteng sekolah.
Walaupun guru sering memberi pelbagai alasan yang ‘munasabah’ bagi mereka,
namun bagi pihak sekolah, tiada alasan yang ,unasabah jika guru yang sama
sering ponteng sekolah. Itu bukan alasan namanya tetapi sikap pemalas guru
tersebut. Sebelum saya memberi hujah mengenai isu artikel ini, sukacitanya
untuk saya menyatakan pengenalan kepada ‘guru ponteng’ ini.
Definisi Ponteng
Menurut Kamus Dewan Edisi ketiga (2002),
ponteng dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kecoh, tipu, lari daripada
tugas yakni tanggungjawab.
Manakala ponteng dari segi istilah
merujuk kepada tidak hadir bertugas tanpa sebarang surat akuan sakit mahupun
apa-apa sebab yang munasabah. Menurut Cascio (2005), ketidakhadiran bermaksud
apa-apa sahaja kegagalan seseorang pekerja melaporkan diri atau tidak berada di
tempat kerja mengikut masa yang telah ditetapkan atas apa alasan sekalipun.ini
menunjukkan apabila seseorang itu tidak datang kerja pada waktu bekerja mereka
dianggap sebagai tidak hadir. Sekiranya seseorang pekerja tidak hadir tanpa
sebarang sebab munasabah, ianya boleh dianggap sebagai ponteng kerja.
Oleh itu, guru ponteng bermaksud guru
yang lari daripada melakukan tugas yang diamanahkan kepada mereka, sama ada
tugas utama iaitu mengajar atau tugas-tugas sampingan seperti hadir mesyuarat,
melaksanakan program dan sebagainya.
Jenis-Jenis Ponteng
Ponteng boleh dikategorikan kepada
beberapa jenis iaitu ponteng sekolah, ponteng kelas dan ponteng tugasan.
Kesemua jenis ponteng ini memberi kesan negatif kepada murid, sekolah malah
pada guru itu sendiri.
I.
Ponteng
Sekolah
Ponteng sekolah bermaksud
guru tidak hadir bertugas ke sekolah tanpa sebab atau dengan sebab yang tidak
munasabah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat besar kepada pembangunan
dan pencapaian sebuah sekolah dan muridnya. Antara alasan-alasan yang sering
digunakan oleh guru ialah kurang sihat dan anak kurang sihat. Guru juga ponteng
sekolah kerana pulang ke kampung lebih awal terutamanya ketika musim cuti
sekolah dan musim-musim perayaan dengan pelbagai alasan yang kurang logik.
II.
Ponteng
Kelas
Ponteng kelas pula bermaksud
guru tidak masuk mengajar ke kelas atau lewat masuk ke dalam kelas dengan
sengaja atau keluar lebih awal sebelum tamat masa pengajaran dan pembelajaran
tanpa alasan yang munasabah. Sikap guru yang lebih suka melepak di kantin sekolah,
berbual dan bersembang kosong dengan rakan, melayari facebook dan sebagainya.
Guru bermasalah ini menjadikan aktiviti-aktiviti sampingan lebih penting
daripada mengajar di bilik darjah. Ponteng jenis ini memberi kesan yang sangat
besar kepada pencapaian murid dalam akademik.
III.
Ponteng
Tugasan
Ponteng tugasan adalah tidak
melaksanakan arahan yang diberikan oleh pihak pentadbirs sekolah. Contohnya
guru tidak menghadirkan diri dalam sesi mesyuarat yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah, tidak menghadirkan diri semasa aktiviti atau kegiatan
ko-kurikulum dijalankan, tidak menyertai program yang dilaksanakan di sekolah
tanpa alasan yang munasabah dan kukuh, tidak menyiapkan kerja dan sebagainya.
Ponteng jenis ini menyebabkan kelancaran sesuatu program yang dijalankan oleh
pihak sekolah akan terbantut.
2.0
PERKEMBANGAN
HUJAH MENGENAI ISU
Berdasarkan
artikal tersebut, Tmbalan Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tan Sri
Muhyidin Yassin memberi amaran kepada para guru yang ponteng mengajar
semata-mata ingin balik kampung masing-masing lebih awal sebelum hujung minggu.
Masalah guru ponteng ini kerap berlaku apabila tiba musim cuti sekolah dan
musim-misim perayaan. Guru akan mengambil jalan mudah dengan ponteng ke sekolah
kerana ingin pulang awal ke kampung halaman masing-masing terutamanya pada
musim perayaan. Alasan yang sering diberikan ialah tidak mahu terlibat dengan
kesesakan jalan raya semasa pulang ke kampung, suami dapat cuti awal, jadi kena
ikut suami, tiket bas dah habis dan perlu beli tiket yang lebih awal dan
sebagainya. Alasan-alasan ini sering diberikan oleh guru-guru yang hendak
pulang lebih awal.
Menurut,
Tan Sri Muhyidin Yassin dalam kenyataan artikal tersebut, mereka (guru) yang
terbabit boleh dikenakan tindakan disiplin kerana bercanggah dengan peraturan
sekolah. Hal ini kerana is bercanggah dengan peraturan kerja malah melanggar
etika keguruan. Masalah ponteng di
kalangan guru ini berdasarkan artikal di atas jelas menunjukkan guru tersebut
telah melanggar etika keguruan.
Dalam
kamus dewan, etika bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku
atau kesusilaan. Menurut kamus oxford pula, etika ialah prinsip moral atau set
prinsip moral. Profesion pula bermaksud pekerjaan terutamanya yang memerlukan
pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang
undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘keguruan’ pula
membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru. Kesimpulannya,
etika guru dalam pendidikan ini adalah sangat penting. Etika pelajar yang
diajar oleh seorang guru yang tidak bersahsiah mencerminkan diri seorang guru
yang tidak beretika. Guru yang baik dan beretika akan melahirkan generasi yang
baik dan berjaya.
Begitu
juga dengan isu etika guru bukanlah cerita baru yang menghiasi dada akhbar dan
kini sering dibicarakan di kaca televisyen. Profesion keguruan sekarang ini
dilihat semakin goyah kerana ada segelintir golongan guru melanggar kod etika
keguruan yang telah sedia termaktub. Ini jelas apabila semakin banyak isu salah
laku guru tersiar di kaca televisyen, menjadi topik perbincangan pihak tertentu
dan menghiasi dada-dada akhbar. Terdapat pelbagai jenis salah laku yang
dilakukan oleh guru yang mana bukan hanya melanggar etika profesion perguruan
tetapi juga telah terlibat dengan akta jenayah negara. Ini sudah tentu akan
mencemarkan martabat profesion perguruan sebagai satu profesion yang mulia pada
pandangan masyarakat. Isu ponteng ini semakin menular di kalangan guru. Isu ini
telah melanggar peraturan dan boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Jelas
menunjukkan Timbalan Perdana Menteri amat risau dengan pendidikan kanak-kanak
(pelajar) jika guru ponteng ke sekolah. Pelajaran mereka akan terjejas
sekiranya guru tidak mengajar pada hari tersebetu. Tambahan, guru yang ponteng
lebih daripada sehari akan memberikan kesan yang lebih buruk pada pelajaran
para pelajar. Guru perlu tahu bahawa bukan semua pelajar yang suka guru tidak
masuk kelas tau mengajar, terdapat ramai pelajar yang sangat suka untuk belajar
yang mempunyai kesedaran bahawa pelajaran akan menjamin masa depan mereka.
namun, jika sikap guru yang tidak bertanggunajawab dengan ponteng ke sekolah
akan menjejaskan pelajaran pelajar di samping mengikis semangat mereka untuk
terus belajar dan mengecapi kejayaan.
Jika
guru menunjukkan sikap yang tidak baik dengan peonteng sekolah, bagaimana
pelajar hendak mencontohi guru yang mana merupakan role model kepada mereka.
Sikap guru ponteng ini amat memberi kesan pada profesion perguruan dimana bukan
sahaja pelajar yang akan memandang serong, malah ibu bapa dan juga masyarakat
turut akan memandang serong pada profesion perguruan. Jangan disebabkan nila
setitik rosak susu sebelanga. Guru seharusnya sedar betapa pentingnya nilai
guru di mata masyarakat. Masalah guru ponteng ini akan turut mengundang pada
masalah lain selain dari pelajaran pelajar terjejas iaitu masalah pelajar
ponteng. Bagaimana hendak mengatasi masalah pelajar ponteng jika guru turut
sama mempunyai sikap seperti pelajar tersebut.
Oleh
itu, guru perlu menunjukkan sikap yang baik agar para pelajar dapat mencontohi
sikap guru untuk berubah ke arah kebaikan. Sikap yang sentiasa memberikan
alasan akan mengundang pelbagai masalah kepada guru yang mengamalkan sikap ini.
Biarpun ingin pulang awal ke kampung, tidak perlulah ponteng kerja sehingga
mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang pendidik. Guru perlu ingat bahawa
pelajar seting dahagakan didikan, ilmu pengetahuan dan tunjk ajar seorang guru
yang boleh membimbing dan membentuk mereka menjadi insan yng berguna pada
agama,ibubapa, masyarakan dan juga negara.
Masalah
guru ponteng ini akan menjadi lebih teruk jika terdapat pihak hanya memandang
sebelah mata mengenai masalah ini. Pihak sekolah harus memainkan peranan
penting dalam menangani masalah guru ponteng ini. Menurut Tan Sri sendiri, ibu
bapa juga memainkan penanan penting bagi membendung masalah ini berlarutan. Ibu
bapa perlu membnuat laporan pada pihak sekolah jika tahu salah laku guru
tersebut. Hal ini akan membantu pihak pengurusan sekolah untuk mengenal pasti
guru-guru yang ponteng sekolah tanpa alasan munasabah. Pentadbir yang prihatin
akan selalu mengambil berat masalah kakitangan bawahan. Bukan bermaksud untuk
mencampuri urusan guru berkenaan, tetapi lebih kepada untuk mengelakkan masalah
guru menjadi lebih berat sehingga boleh mengganggu tugas-tugas mereka di
sekolah. Pentadbir juga perlu mengambil tidakan segera kepaga guru-guru yang
sering ponteng. Hal ini kerana ditakiti gejala ini diikuti oleh guru-guru lain
apabila mendapati pihak pentadbir terutamanya guru besar tidak mengambil
tindakan kepada guru yang melakukan kesalahan.
Masih
terdapat faktor lain yang menyebabkan kebanyakan guru ponteng ke sekolah.
Antaranya ialah tekanan bebanan kerja. Kyriacao&Sutcliffe (1978) menyatakan
bahawa tekanan guru boleh ditakrifkan sebagai perasaan tidak selesa, emosi
negatif seperti marah, kebimbangan, tekanan serta kekecewaan yang berpunca
daripada aspek kerja mereka sebagai seorang guru. Dalam hal ini, guru yang
menghadapi tekanan adalah guru yang tidak dapat mengawal emosi mereka terhadap
perubahan pendidikan yang bukan sahaja untuk memberi ilmu pengetahuan tetapi
mendidik manusia agar menjadi modal insan yang berguna kepada masyarakat. Guru
terpaksa melakukan kerja lebih masa, perkeranian, menyediakan alat bantu
mengajar, menghadiri kursus atau bengkel sepanjang minggu sambil terpaksa
melakukan penyesuaian terhadap kaedah pengajaran yang baru sehingga terpaksa
mengabaikan kehendak emosi dan kehendak dalaman mereka. Seorang guru di Sarawak
juga menyuarakan tentang suasana kerjanya di salah sebuah sekolah membuktikan
bahawa dalam era pemodenan pendidikan kini masih terdapat suasana tidak selesa
pada tempat kerja guru. Apa yang digambarkan adalah isu kesepaduan guru dalam
bilik guru, masalah kongsi meja dan penyediaan perabot yang tidak sesuai serta
mencukupi. (Berita Harian, 19 Julai 2005). Hal ini menyebabkan guru ponteng
daripada membebankan emosi dan perasaan mereka dengan tekanan.
Selain
itu, antara faktor yang sering kita dengar sebab kepada guru ponteng ialah
jarak sekolah dan keadaan persekitaran. Bagi guru yang mengajar di
bandar-bandar dan di luar bandar, dan di pulau-pulau , guru lebih terdedah
untuk ponteng sekolah memandangkan kurangnya lawatan daripada pihak atasan dan
nazir. Guru mengambil cuti yang lebih awal daripada masa yang ditetapkan untuk
tujuan tersentu seperti pulang untuk sambut perayaan dan cuti persekolahan.
Masalah seperti ini terjadi pada guru yang berada di kawasan luar bandar atau pedalaman
di Sabah dan Sarawak. Guru akan keluar pada sesi persekolahan untuk memenuhi
keperluan peribadi dan keluarga. Contohnya guru akan keluar untuk membeli
barang-barang dapur, keperluan anak-anak, keperluan peribadi, mengambil wang
gaji pada sesi persekolahan dan sebagainya. Guru akan keluar apabila mempunyai
masa terluang terutamanya waktu rehat dan tidak ada kelas dalam jadual. Namun,
guru tidak sedar sebenarnya mereka juga dikategorikan sebagai ponteng kerana
tidak berada di kawasan persekooahan pada sesi persekolahan berjalan demi
memenuhi keperluan peribadi.
Bagi
mengatasi masalah ponteng di kalangan guru, pelbagai langkah boleh dilaksanakan
oleh pihak pentadbir. Antaranya, pihak pentadbir perlu mengadakan perbincangan
dengan guru yang bermasalah untuk mengkaji dan mengetahui mengapa guru
mengambil tindakan sedemikian sehingga mengabaikan tanggungjawab dan peranan
mereka di sekolah. Pihak pentadbir perlu bersemuka dan mendekatkan diri kepada
guru-guru ini bagi mengetahui punca masalah ini berlaku. Nasihat, dan motivasi
diperlukan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi. Jika melalui
perbincangan masih tidak dapat selesaikan masallah, pihak pentadbir perlu
mengepuarkan surat tunjuk sebab dan surat amaran bagi memberi amaran kepada
guru tersebut. Dalam sesetengah kes, guru tersebut akan kembali bertugas
selepas mendapat surat amaran daripada pihak pentadbir. Namun, bagu guru yang
tidak mengendahkan dengan amaran ini, pihak pentadbir iaitu Guru Besar
mempunyai kuasa merujuk guru bermasalah tersebut kepada Lembaga Tatatertib
selaras dengan peraturan 25(1) yang terkandung dalam Peraturan-Peraturan
Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Bahagian III.
Masalah
yang sama turut berlaku Ranau, Sabah dimana Kementerian Pelajaran menerusi
Jabatan Pelajran memandang serius isu ketidakhadiran guru di sekolah. (http://www.theborneopost.com/2011/12/24/guru-ponteng-isu-seriua/).
Hasil pemantauan dan pemeriksaan pihak Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK)
pada 22 Februari 2010, mendapati seramai 117 guru dari 11 buah sekolah tidak
hadir bertugas, manakala pada 22 Mei 2010 pula seramai 157 guru dari 14 buah
sekolah juga tidak hadir bertugas. Beliau menegaskan walaupun kejadian itu
mungkin terpencil, namun hal berkenaan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana
ia mampu melumpuhkan sistem pendidikan negara jika tidak ditangani sewajarnya.
Hal
ini jelas menunjukkan masalah guru ponteng
serinag berlaku terutamanya di Sabah. Bagi mengatasi masalah guru
ponteng di kawasan pedalaman ini Jabatan Pelajaran Negeri Sabah (JPNS)
mewujudkan satu lagi program iaitu program AKUN. Program ini bertujuan
meningkatkan peratusan kehadiran guru sekolah sekaligus memantapkan lagi
keberkesanan penyampaian serta penyebaran maklumat pekeliling dan peraturan di
semua peringkat, menerusi empat strategi pelaksanaan iaitu e-Cerap, Pemantauan
Silang, Pemantauan Bersepadu dan e-Hadir. Program ini bersifat serampang empat
mata akan menekankan pemantapan kualiti perkhidmatan di peringkat sekolah yang
menjadi cermin kejayaan dan pencapaian pendidikan sebenar.
Program
e-Cerap dan e-Hadir membolehkan pemantauan kehadiran gru dan anggota kakitangan
dokongan serta pelaksanaan proses pencerapan dilakukan secara online. Sementara
pemantauan bersepadu san silang akan dapat menyelia pelbagai elemen di luar
bidang masing-masing untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan
termasuk ruang dan peluang kepada Pegawai Pelajaran Daerah (PPD) memantau semua
sekolah di bawah kawalan masing-masing melalui pendekatan antara zon dan
sekolah. Program AKUN ini juga memberi ruang dan peluang kepada pentadbir di
sekolah dan PPD memberi khidmat serta bimbingan dengan lebih terus, bersepadu
dan komprehensif. Program AKUN ini berlandaskan 5M fungsi iaitu Melatih,
Membimbing, Memantau, Menilai dan Menambahbaik melibatkan empat tenaga
bersepadu JPN/Ssektor, PPD, Pengetua/Guru Besar dan Guru.
3.0
IMPLIKASI
HUJAH MENGENAI ISU
Implikasi guru ponteng ini
melibatkan implikasi terhadap murid, sekolah, profesion perguruan dan ibubapa.
i.
Murid
Murid akan mengalami masalah
keciciran pelajaran apabila guru bertindak ponteng kelas. Terutamanya bagi mata
pelajaran penting yang melibatkan peperiksaan UPSR akan memberi kesan negatif
kepada murid. Murid akan ketinggalan pelajaran yang sepatutnya guru itu
mengajar. Hal ini lebih serius bagi murid yang mempunyai tahap kognitif rendah.
Mereka akan lebih jauh ketinggalan dalam proses pembelajaran. Tambahan, guru
yang kerap ponteng kelas turut akan mengundang masalah disiplin di kalangan
murid. Pelbagai masalah disiplin boleh berlaku jika guru tidak masuk kelas
seperti melepak, vandalisma dan sebaginya. Murid turut akan ikut jejak sikap
negatif guru yang suka ponteng dengan turut ponteng sekolah. Oleh itu, guru
perlu ingat bahawa guru merupakan role model kepada murid. Maka jika guru
ponteng, murid turut akan ponteng.
ii.
Sekolah
Apabila masalah ini berlaku,
secara tidak langsung keputusan peperiksaan akan merosot. Hal ini akan
menjejaskan nama baik sekolah di samping terpaksa menjawab pelbagai soalan yang
akan diutatakan oleh pihak atasan. Seterusnya pihak sekolah dan guru akan
dibebankan dengan pelbagai program untuk membaiki dan memulihkan imej sekolah
yang telah tercemar dan tercalar.
iii.
Profesion
Perguruan
Kesan tindakan daripada
segelintir guru tadi akan mencemarkan nama baik profesion perguruan. Bukan
murid sahaja yang akan memandang negatif, malah masyarakat akan turut menghukum
guru-guru lain yang tidak berlasah akibat daripada kesalahan hanya guru
tertentu sahaja. Hal ini akan menyebabkan masyarakat tidak yakin akan kemampuan
guru untuk mendidik anak-anak bangsa dalam memperoleh kejayaan dalam hidup.
iv.
Ibu
bapa
Kesan daripada guru ponteng
juga turut memberi kesan negatif kepada ibu bapa. Ibu bapa akan rasa kecewa
apabila anak0anak mereka ketinggalan dalam pelajaran, tambahan apabila tahap
pencapaian akademik mereka merosot. Mereka akan meletakkan kesalahan pada pihak
sekolah. Hal ini akan menyebabkan mereka lebih mempercayai guru tuisyen
daripada guru di sekolah. Mereka lebih rela menghabiskan wang ringgit untuk
menghantar anak mereka ke kelas tuisyen asalkan anak mereka memperoleh
pelajaran yang baik.
4.0 RUMUSAN
Rumusannya, isu guru ponteng
ini bukan sahaja melanggar etika profesion perguruan, malah kesannya boleh
mempengaruhi semua pihak sama ada murid, sekolah, ibu bapa dan masyarakat
sekeliling. Tindakan yang tegas dan pantas perlu dilaksanakn oleh pihak
pentadbir supaya masalah guru ponteng ini dapat di atasi. Namun, sering kali
pihak pentadbit terlewat dalam mengambil tidakan sehinggakan masalah ini
menjadi semakin besar dan sukar untuk di bendung. Oleh yang demikian, perlu ada
pemantauan secara bertarusan daripada pihak pentadbir dan jabatan untuk
memastikan masalah ponteng di kalangan guru dapat dibendung.