Total Pageviews

Monday, 3 September 2012

Disediakan oleh : Saudara CIFFI FAIZAL

 

ARTIKEL
KUALA LUMPUR: Gara-gara mahu menjadi ‘doktor’, seorang guru disiplin sebuah sekolah menengah di Ampang, di sini, diberkas polis selepas didakwa mencabul 12 pelajar perempuan, Jumaat lalu.
Difahamkan, guru lelaki berusia lewat 30-an itu mahu melakukan pemeriksaan mengenai tahap kesihatan semua pelajar terbabit terlebih dahulu sebelum merotan mereka kerana gagal hadir ke perhimpunan sekolah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, semua pelajar terbabit dilaporkan tidak mengikuti perhimpunan sekolah kerana mendakwa mahu menyiapkan kerja sekolah di dalam kelas.
Menurut sumber, ketika guru disiplin itu melakukan rondaan, dia melihat kumpulan 12 pelajar perempuan tingkatan tiga berkenaan berada dalam kelas sebelum memarahi mereka.
“Guru disiplin terbabit mahu mengambil tindakan terhadap semua pelajar berkenaan kerana tidak mengikuti perhimpunan.
“Biarpun semua pelajar cuba menjelaskan keadaan sebenar, guru terbabit tidak mempedulikan alasan itu, sebaliknya memberitahu akan melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap semua mereka sebelum mengambil tindakan,” katanya.
Sumber berkata, guru disiplin itu dengan bersahaja memberitahu akan memeriksa tahap degupan jantung mereka.
“Dia mendakwa bimbang tahap kesihatan pelajar berkenaan akan menyebabkan mereka pengsan atau mengalami masalah jika dirotan membuta tuli.
“Guru lelaki terbabit memegang payu dara semua pelajar perempuan berkenaan. Difahamkan, dia mengambil masa kurang daripada 10 saat untuk melakukan pemeriksaan bagi setiap pelajar pada peringkat pertama,” katanya.
Sumber berkata, disebabkan ketakutan, semua pelajar terbabit akur dengan tindakan guru terbabit.
“Guru disiplin terbabit bagaimanapun sekali lagi melakukan tindakan keji apabila dia mendakwa tidak berpuas hati dengan pemeriksaan kali pertama sebelum melakukannya sekali lagi.
“Kali ini, dia didakwa memasukkan tangan ke dalam baju semua pelajar perempuan terbabit. Selepas berpuas hati, guru disiplin itu merotan tangan semua pelajar dan meninggalkan kelas berkenaan,” katanya.
Sumber berkata, sebaik pulang ke rumah, pelajar perempuan berkenaan mengadu perbuatan guru terbabit kepada waris.
“Waris yang mendapatkan khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan berkenaan tampil membuat laporan di Balai Polis Pandan Indah,” katanya.
Sebaik menerima laporan, sepasukan anggota polis menahan guru disiplin itu berhampiran sekolah menengah berkenaan, kira-kira jam 11 pagi Sabtu lalu .
Difahamkan, dia direman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan selain penahanan guru terbabit
Sumber : Hmetro.com.my
Dilayar pada 28 Februari 2011
 
Ulasan Artikel
Isu Guru Cabul Murid
Oleh: Ciffi Faizal bin Zahinor
Prinsip akauntabiliti dan integriti amat penting untuk diterapkan di dalam diri setiap penjawat awam melalui dua kaedah iaitu usaha yang berterusan oleh penjawat awam itu sendiri seperti penghayatan nilai-nilai murni dan keadah kedua melalui penguatkuasaan daripada kerajaan seperti penubuhan Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP), Pelan Integriti Nasional (PIN), kursus-kursus berkaitan akauntabiliti dan integriti serta Piagam Pelanggan dan Kod Etika Kerja yang dapat membantu ke arah meningkatkan akauntabiliti dan integriti dalam diri penjawat awam terutamanya bagi pihak guru yang terlibat dengan isu etika keguruan yang sering dilaporkan di dada akhbar dan media massa yang lain.
Setiap isu yang timbul berkaitan keguruan yang melanggar etika keguruan mampu merosakkan imej profesion perguruan dan menyebabkan masyarakat memandang rendah pada kerjaya sebagai guru. Dalam artikel yang dipilih oleh saya, tindakan guru disiplin yang mencabul kehormatan murid perempuan di sekolah amat mencemarkan integriti dan akauntibiliti yang diserahkan kepada beliau sebagai guru disiplin dan mencemarkan nama baik profession perguruan. Sebagai seorang guru disiplin, beliau harus arif tentang Undang-Undang Peraturan Pendidikan Disiplin Murid. Kesalahan tidak hadir ke perhimpunan sekolah sepatutnya tidaklah dihukum sehingga di rotan. Lebih memeranjatkan beliau mengambil kesempatan dengan meraba muridnya 2 kali sekali di bahagian luar baju dan sekali lagi di bahagian dalam baju. Beliau dikenakan tindakan reman empat hari bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan (KK) iaitu menggunakan kekerasan dengan niat mencabul kehormatan.
 
Ikhtibar dari kes ini guru sepatutnya tahu apa itu akauntibiliti dan juga integriti dnegan lebih mendalam. Akauntabiliti bermaksud sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atatu terhadap sesuatu tindakan, keputusan dan sebagainya serta bersedia memberikan penjelasan dan justifikasi yang diperlukan (Kamus Dewan, 2007). Maka akauntabiliti berkait rapat dengan disiplin dan keperluan untuk memberikan justifiasi dan menerima kebertanggungjawaban terhadap sesuatu keputusan atau tindakan yang telah diambil. Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seorang guru terhadap profesionalisme keguruan.
Integriti pula merujuk kepada kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu kepada individu dan organisasi (Institut Integriti Malaysia, 2004). Integriti berkait erat dengan etika. Integriti berlandaskan etikan dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. Lanjutan itu, intergriti guru sebagai penjawatan awam membawa makna bahawa guru perlu melaksanakan amanah dan kuasa yang dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum.
 
 
Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai murni seperti amanah, jujur, adil dan saksama, telus, berkecuali dan kebolehpercayaan. Setiap penjawat awam terutamanya guru yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini tidak akan bersikap mementingkan diri sendiri malah sebaliknya lebih mengutamakan kepentingan orang ramai khususnya murid-murid. Prinsip-prinsip ini mampu mengelakkan seorang guru daripada terjebak dengan isu etika keguruan yang boleh mencemarkan imej profesion perguruan. Antara isu etika keguruan yang sering dipaparkan di dada akhbar dan media massa adalah berkaitan penampilan guru yang menjolok mata, gangguan seksual kepada murid, guru pecah amanah dan guru sering mengambil cuti sakit palsu.
Bagi menjaga imej profesion, setiap guru perlu patuh kepada etika profesionalisme, etika pengajaran, etika tingkah laku dan etika perkhidmatan awam (Abd. Rahim, 2007). Sebagai seorang guru, kita perlu meningkatkan akauntabiliti dan integriti kempimpinan diri supaya segala tanggungjawab dan tugas-tugas dapat dijalankan dengan penuh komited.
Berdasarkan pembacaan dan analisis artikel yang telah dilakukan oleh saya, Mencabul kehormatan murid adalah sesuatu yang amat bercanggah dengan kesantunan seorang guru. Mencabul Kehormatan dan juga Gangguan seksual dalam isu kesantunan guru ini terbahagi kepada dua iaitu secara verbal dan non-verbal. Dalam artikel yang dianalisis, gangguan seksual yang dikenal pasti adalah berbentuk fizikal. Dan berlaku di antara guru dan murid. Kementerian Sumber Manusia (1999) mengkategorikan bentuk-bentuk gangguan seksual kepada lima jenis utama, iaitu: gangguan secara lisan, gangguan secara bukan lisan, gangguan secara fizikal, gangguan secara visual dan gangguan secara psikologi.
Isu gangguan seksual ini memberikan impak yang besar kepada profesion keguruan. Antara impaknya termasuklah impak kepada psikologi, impak kepada emosi, impak kepada kesihatan fizikal, impak kepada hubungan sosial dan ikatan sosial dan impak kepada tekanan kerjaya.
Justeru itu, sebagai guru kita harus mengelakkan berlakunya isu ini kerana ia mencemarkan nama baik profesion perguruan. Langkah-langkah tindakan perlu diambil supaya kita dapat meningkatkan akauntabiliti dan integriti sebagai seorang guru. Guru mempunyai akauntabiliti terhadap pelajar dimana ia berkehendakkan guru untuk mendidik pelajar ke tahap yang cemerlang dalam pencapaian akademik di samping membentuk potensi murid secara menyeluruh supaya melahirkan pelajar yang seimbang dan harmoni dari segi intelek, rohani,emosi, social dan fizikal. Oleh itu, guru tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap muridnya dengan melakukan gangguan seksual. Tetapi sebaliknya guru harus menggunakan amalan-amalan pengajaran dan memilih bahan-bahan untuk semua murid dari pelbagai bangsa, jantina, etnik, agama, kebolehan, tingkah laku atau kepercayaan.
Sebagai seorang guru, tanggungjawabnya amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masyarakat dan negara. Dengan demikian, guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang supaya dapat memberikan didikan yang terbaik kepada mereka. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keperihatinan serta penuh kasih sayang kepada pelajar. Guru juga perlu mempunyai tahap ketabahan tinggi dalam menangani masalah yang dihadapi oleh pelajar dan bukannya mengambil kesempatan terhadap pelajar. Selain itu, guru juga perlu sentiasa bersifat pengasih dan penyayang dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.
Selain bertanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara, guru perlu menjalin hubungan baik sesama rakan sejawatnya serta bertanggungjawab sesama sendiri dalam profesion yang disandang oleh mereka. Semua guru harus menghormati profesionnya dan sentiasa berusaha berusaha melaksanakan tanggungjawab mereka dengan sempurna. Mereka perlu bekerjasama sesama rakan sejawat demi menjaga inej profesion. Di samping itu, guru perlu bersedia membantu rakan sejawat yang baharu dalam profesion. 
Ketika berkomunikasi, guru harus mengikut norma-norma budaya dan bukan sekadar mengikut tatacara kita sahaja. Tatacara berbahasa harus sesuai dengan unsur-unsur budaya yang dalam masyarakat setempat. Jika tatacara berbahasa seseorang tidak sesuai dengan norma-norma budaya, maka situasi itu akan mengundang nilai negatif misalnya guru dianggap sebagai seorang yang angkuh, tidak beradat dan tidak sopan. Guru juga perlu mengawal tingkah lakunya terhadap rakan sejawat. Tidak wajar seseorang guru bersikap bengis dan kasar, suka memarahi guru lain dikhalayak ramai dengan menggunakan kata-kata tidak sesuai kerana perhubungan baik di antara guru tidak akan terjadi dengan tingkah laku guru yang tidak santun. Di dalam Agama Islam diajar tentang kepentingan akhlak mulia. Akhlak adalah satu komponen penting dalam diri setiap insan, tidak guna dan sia-sia jika individu itu beribadat siang dan malam namun akhlak beliau kepada Allah SWT dan juga sesama manusia buruk. Dalam kes mencabul kehormat murid ini ternyata guru gagal mengawal nafsu serakahnya dan menunjukan tingkah laku sumbang dan tidak berakhlak itu.
Kesimpulannya, sebagai seorang guru kita perlu mempunyai akauntabiliti dan integriti terhadap profesion kerana ia akan dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Jika guru menghayati segala yang diamanahkan, maka semua warga guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas-tugas dengan penuh kmoited. Akauntabiliti atau tanggungjawab seorang guru merangkumi akauntabilitinya terhadap diri sendiri, pelajar, ibu bapa dan profesion keguruan akan dapat ditingkatkan sekiranya seseorang guru itu benar-benar menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pendidik dengan berkesan.


RUJUKAN


JURNAL


Lula J. Henry., Kimberly G. Griffith., Fara M. Goulas.(2005). Perspectives on Sexual Misconduct by Educators: A Call to, Action and a Mandate for Reform and Solutions. National Forum of Teacher Education Journal-Electronic. Volume 16. Number 3E 2005-2006.


Leah P. McCoy, 2008. Studies In Teaching 2008 Research Digest. Wake Forest University. Winston-Salem. NC


Richard D. Shane. (2009). Teacher as Sexual Harassment Victims: The Inequitable Protctions of Title VII in Public Schools. University of Florida.


LAMAN WEB





 

No comments:

Post a Comment